Tuesday, 18 October 2016

Tips nak beli laptop baru

Baru baru ni laptop rosak, nak kena survey beli baru. Jadi persoalan “Nak pilih mana satu” semua macam ok. Kalau ikut laptop brand rating 2016 = DELL > ASUS > LENOVO > MSI > HP > MICROSOFT > ACER > SAMSUNG > TOSHIBA (laptopmag.com). Selalunya harga tidak akan banyak beza antara jenama, mungkin dalam rm200 untuk spesifikasi yang hampir sama. So nak share tips nak beli laptop baru.



Bajet

  • <RM1300            = Basic [tengok movie & online, writing]
  •  RM1300-RM2500 = Medium [sesuai untuk student, software & game]
  • >RM2500            = High [video editing, graphic intensive, gaming laptop]


Kegunaan

  • Peribadi – tengok movie dan melayari internet –spec paling rendah dah cukup
  • Pelajar  – kena tengok software apa yang guna, kalau setakat Microsoft office, spec biasa dah ok.
  • Pekerja – boleh tanya bahagian IT untuk spec sesuai. selalu company yang sediakan laptop yang sesuai dengan kerja. 



Spesifikasi

Ini google pun boleh tak perlu pergi kedai. Boleh compare antara jenama dan model yang ada. Processor intel i3 cukup untuk kegunaan harian. Kalau orang IT, guna software edit video atau gambar kena guna high spec. Nak tahu spec yang sesuai dengan anda tanya kawan-kawan dulu. Tanya kedai pon boleh tapi takut dia suggest over spec, biasala nak buat sale.


Luaran

  • Pilih design yang menarik di hati anda. Ini memang subjektif. Tengok Keyboard shortcut & button (cuba tekan tengok selesa atau tak). contoh: Lenovo default button kat atas biasanya volume, brightness, sleep. cepat, tak perlu tekan {Fn+button}
  • Battery – removable atau built in. 
  • Ventilation - ada tempat udara masuk (selalu kat bawah laptop) dan keluar (kebiasaan sebelah tepi) 
  • Saiz skrin – biasanya 14 inci, sesuai untuk semua bag laptop. Kalau 15.6 inci tu susah sikit nak masuk bag tapi kelebihan ada numpad (sesuai untuk yang selalu key in nombor)
  • Check port: 
    1. Usb 2.0@3.0 (nanti nak cucuk mouse @ keyboard@cooler)
    2. Hdmi 
    3. vga (ada banyak lubang kecil2 tu-sambung ke monitor @ projector-sangat berguna untuk presentation)
    4. lan (kabel internet)
    5. dvd 
    6. earphone 



Warranty 

Biasanya 1 tahun. Kalau 3 tahun harga lagi mahal. ada warranty yang onsite-call. Maksudnya, korang call nanti diorang akan datang ambil kalau rosak. 


Harga

survey harga online dan pergi beberapa kedai, takut kena sembelih pulak kalau terus beli.


Free gift

  • 10 in 1 dalam kotak (mouse, cleaner, cd, dan lain-lain) barang murah ja ni, lebih baik ambil rebate atau tukar dapat pendrive @ mouse. 
  • Beg – baik ambil beg galas daripada bimbit lebih-lebih lagi penunggang motor.
  • Ada kedai yang bagi freegift RAM 4GB, ni lagi ok.



Kalau beli semata-mata untuk buat main game memang tak disarankan beli laptop. Baik beli custom made desktop. Harga lagi murah dan dapat spec lebih tinggi.  RM1800 boleh dapat pc+monitor, boleh la main GTA 5 medium to high setting 720p. 

Ini hanyalah pendapat peribadi. Korang tambah lah apa yang patut.

“Laptop kena servis 6 bulan sekali. Cuci kipas ventilation tu. Ramai yang tak buat” kata abang kedai repair computer. 

No comments:

Post a Comment