Post kali ni agak serius dan perlu dibaca dengan tenang. Tarik nafas, hembus dan lapangkan fikiran sebelum terus membaca.
“Dunia ini hanyalah tempat tumpangan sementara, akhirat jualah tempat yang
kekal selama-lamanya”
Rasa macam pernah dengar kan? Ini
merupakan satu ayat yang sentiasa dibaca oleh Khatib setiap kali khutbah
Jumaat. Khutbah kedua. Selalu dengar tapi entah kenapa satu jumaat dalam bulan April 2015 terfikir
benda ni. Ok tarik nafas sekali lagi. Hembus. Lapangkan fikiran. Cuba bayangkan/selami
maksud ayat. Sementara tu berapa
tahun? 5000 tahun? 100,000 tahun? 1 juta tahun? Mengikut sains, umur bumi dah 4.5 bilion tahun dan manusia wujud lebih 10 ribu tahun. Namun kajian dari sudut Islam, manusia baru 8000 tahun wujud sejak Nabi Adam (Prof Naquib al attas, 2015). Bumi dah lama wujud tapi sampai bila? Memang tak tahu secara tepat berapa umur dunia sebelum berakhir. Bagaimana pula dengan kekal
selama-lamanya? Tak boleh nak bayangkan berapa lama tapi kita boleh buat
perbandingan.