Tuesday, 5 June 2018

Umur dunia vs umur akhirat

Post kali ni agak serius dan perlu dibaca dengan tenang. Tarik nafas, hembus dan lapangkan fikiran sebelum terus membaca.

Dunia ini hanyalah tempat tumpangan sementara, akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya

Rasa macam pernah dengar kan? Ini merupakan satu ayat yang sentiasa dibaca oleh Khatib setiap kali khutbah Jumaat. Khutbah kedua. Selalu dengar tapi entah kenapa satu jumaat dalam bulan April 2015 terfikir benda ni. Ok tarik nafas sekali lagi. Hembus. Lapangkan fikiran. Cuba bayangkan/selami maksud ayat. Sementara tu berapa tahun? 5000 tahun? 100,000 tahun? 1 juta tahun? Mengikut sains, umur bumi dah 4.5 bilion tahun dan manusia wujud lebih 10 ribu tahun. Namun kajian dari sudut Islam, manusia baru 8000 tahun wujud sejak Nabi Adam  (Prof Naquib al attas, 2015). Bumi dah lama wujud tapi sampai bila?  Memang tak tahu secara tepat berapa umur dunia sebelum berakhir. Bagaimana pula dengan kekal selama-lamanya? Tak boleh nak bayangkan berapa lama tapi kita boleh buat perbandingan.

Katakanlah:

Masa dunia Sementara                                = t
Masa akhirat Selama-lamanya                    = T = infiniti
Perbandingan masa di dunia vs akhirat    = t/infiniti ~ 0

Jika kita bahagikan t dengan infiniti, nilainya akan menghampiri kosong. contoh mudah: satu kek dibahagi untuk 30 juta orang, populasi rakyat Malaysia 2017, jadi seorang dapat sikit sangat-sangat. Senang cerita macam tak dapat langsung. Kesimpulannya ialah masa kita di dunia ini sangat-sangat sementara jika hendak dibandingkan dengan akhirat yang kekal. Ok ini serius, apa tujuan sebenar kita di dunia ni? Jadi adakah berbaloi kita enjoy didunia yang sementara ini untuk merana selamanya? Selama-lamanya tu. Cuba bayangkan yang beriman kekal dalam syurga, menikmati nikmat yang melimpah ruah dan ingkar kekal dalam neraka untuk selama-lamanya (infiniti kena seksa sebab dah bagi petunjuk tapi ingkar).

Kita tak ambil tahu apa ada dalam Quran, tak amal satu pun sunnah, tujuan hidup, cara hidup Islam dan paling teruk kita tak usaha untuk mengenal Pencipta. Amat rugi kalau macamni. Dalam Quran ada ayat-ayat yang menyatakan manusia yang dah mati menyesal dan minta kembali kedunia sebab nak beriman dan beramal (Al Fathir 37, Asy syua'raa 102). Masa tu memang tak dilayan. Ada juga ayat-ayat yang berakhir dengan "untuk orang-orang yang berfikir". tak ingat ayat apa. Maka masukkanlah diri ke dalam golongan orang-orang yang berfikir.

So apa kena buat? Pertama kenal dulu dengan Pencipta, bak kata alim ulama, "seawal-awal agama itu mengenal Allah". Makrifatullah. Setelkan bab Akidah, Percaya dan Yakin 100%. Untuk kenal kita perlu ILMU. Usaha pergi masjid, surau, tengok youtube atau baca buku. Ceramah Ustaz Wan Hizam adalah antara yang best. Ini lah yang membezakan kita dengan orang ingkar. Iman tak diwarisi bak lirik lagu Raihan. Ini yang berlaku pada umat Islam sekarang. Rasa dah cukup bila lahir agama dah islam, IC tulis Islam, makanan islam, pakaian islam. Sebenarnya kita kena belajar bukan ikut orang semata-mata (ini dari buku Manhaj Hidup Muslim). Jadi berusaha mengenal Pencipta, agar kita mendapat redha. Sebagaimana kita kita bersungguh-sungguh dalam urusan dunia, begitu jugalah bab akhirat.

*peringatan untuk diri sendiri yang sering lalai. aku bukan ustaz.

Kita ini asalnya tiada,
Usah hidup mendabik dada, 
Fikir yang baik-baik sentiasa, 
Esok lusa nanti kena tanya.

No comments:

Post a Comment