Nak kongsi pengalaman menunggang Y15 secara solo. Pernah naik lc 135 dari johor ke penang 10jam… haha kerja gila kata orang. Saja nak merasai suasana “balik kampung”.
Persiapan
Sebelum ride tu yang pertama
sekali terfikir adalah stesen minyak sebab tank kecil, 4 liter, mungkin kena
bawa botol isi minyak. Lepas google, nak mudah kena singgah setiap hentian
Rehat dan Rawat (R&R). Jarak lebih kurang 60km antara R&R, cukup untuk
kapcai sampai. Jadi memang tak bawa botol isi minyak. kalau letih sangat ada
“Hentian Sebelah“ yang mempunyai tandas, pondok rehat dan juga lori yang jual
makanan ringan aka foodtruck. Kita start dengan Helmet; Pastikan span helmet tidak terlalu longgar untuk kestabilan
ketika kelajuan tinggi, bergoyang-goyang nanti kalau longgar. Guna tinted visor
waktu siang untuk kurangkan bahang matahari dan clear visor waktu malam. Beli
je helmet yang mempunyai double visor, boleh guna siang dan malam. Nak yang
bajet cari SGV dan LTD, made in Malaysia. Pastikan pakai glove sebab sakit kalau kena pasir dan batu. Pakailah windbreaker yang fit, tidak
menggerbang. Ada modal lebih boleh beli riding
jacket, copy ori jacket, biasanya harga bermula rm150 ke atas, siap ada
padding. Untuk waterproof lebih mahal dan lebih panas jika guna di siang hari. Handsock untuk elak sunburn pada tangan
dan lengan. Multifunctional headwear atau
balaclava ni guna tutup mulut dan hidung, sekali dengan leher. Kedua-dua
barang boleh beli kat pasar malam je, murah. Jika guna kasut bertali pastikan ikat dengan kuat, takut terbuka ketika
sedang menunggang, risiko tersangkut di bahagian motor. Riding boot lebih
selamat, ada zip jadi senang nak buka dan pakai, waterproof, harga rm100 ke
atas.
Basuh la motor, letak wax sikit
bagi berkilat sebelum ride. Lagi cantik kalau glass coating atau ceramic
coating. Tak pernah cuba lagi tapi tengok review memang berkilat lain macam.
Lubricate rantai, sekarang guna repsol chain lube RM20 400mL. Setakat ni guna
ok tak merecik sangat. Tayar isi sikit sealant yang macam gam. Ada jual kat DIY
harga dalam RM7. Risiko guna sealant ni rim bahagian dalam mungkin terhakis cat
tapi kebocoran kecil dapat ditutup automatic.Paling penting pastikan paras minyak hitam anda cukup sebelum mulakan perjalanan. Maklumla ysuku ni kadang kadang kuat makan minyak hitam. Tak percaya lepas ride jauh periksa paras minyak hitam anda. Pernah sekali lepas ride tak nampak langsung kesan minyak dekat dipstick. Rasanya kurang dalam 200-300mL.
Start isi minyak di tol skudai.
Jumlah keseluruhan perjalanan memerlukan lebih kurang 25L minyak, 9 hentian R&R
dan tempoh lebih kurang 8 jam. Biasanya berhenti rehat di salah satu R&R
dan selebihnya cuma berhenti untuk isi minyak. Di petronas tapah arah utara ada
jual karipap besar yang sedap, RM2 sebiji. Jika bawa dengan santai iaitu 90-100km/j,hanya
menggunakan minyak 16L, tetapi, perjalanan akan mengambil masa lebih 10 jam. jadual
di bawah menunjukkan anggaran jarak antara R&R yang diambil dari odometer
motor. (contoh: jarak dari tol skudai ke R&R machap adalah 63km). sampai di
persimpangan selepas USIM(sekarang ada velodrom), ikut susur kiri ke lebuhraya
ELITE untuk mengelak terus ke pusat
bandar Kuala Lumpur. Selepas itu akan melalui NKVE, dan alternative lain adalah
GUTHRIE, tetapi tidak digalakkan kerana perlu menggunakan laluan motorsikal. Pada
waktu itu laluan motor agak kurang diselenggara, harap pemilik lebuhraya telah
baiki. Selebihnya terus je ikut lebuhraya PLUS.
Hentian |
Jarak (km) |
Tol Skudai |
|
Machap |
63 |
Pagoh |
74 |
Ayer keroh |
60 |
Seremban |
68 |
NKVE |
69 |
Tg Malim |
73 |
Tapah |
67 |
Sg Perak |
85 |
Semanggol |
65 |
Setakat ini biasa berhenti solat
dekat stesen minyak kerana boleh park motor dekat dengan surau. Kebanyakan
surau stesen minyak di R&R selesa terutama Petronas. Apabila tiba musim
perayaan, kenderaan akan memenuhi lebuhraya tidak kira siang atau malam.
Kadang- kadang mengisi minyak boleh mengambil masa 30 minit kerana ramai orang
beratur di kaunter. Pada masa itu, terfikir alangkah baiknya memiliki tangki
motor yang lebih besar, tak perlu kerap isi minyak, berhenti Cuma untuk berehat.
Sekarang dah ada jual tangki ysuku 7L tapi sebenarnya tak sampai pun, dalam 6
liter lebih je.
Menunggang siang vs malam
Pernah menunggang jarak jauh
untuk kedua-dua keadaan. Kelebihan menunggang waktu siang yang ketara adalah
jarak penglihatan yang jauh. Kita boleh bersedia untuk sebarang situasi samaada
terdapat serpihan di tengah jalan mahupun kenderaan rosak di bahu jalan. Salah
satu cabaran menunggang di siang hari adalah cuaca panas tetapi kebaikannya
pakaian yang basah akan cepat kering, jadi hujan ketika menunggang di siang
hari bukanlah satu masalah. Handsock adalah satu kemestian apabila menunggang
pada siang hari untuk mengelakkan kulit terbakar. Sangat sesuai menunggang pada waktu siang untuk
orang yang tak tahan untuk berjaga malam.
Keseronokan menunggang pada waktu
malam ialah cuaca sejuk dan tak banyak kereta. Kebanyakan kenderaaan adalah lori
dan bas, agak berbahaya sebenarnya lebih-lebih lagi dengan jarak pengilhatan
terhad. Perlu berhati-hati menunggang di lorong kecemasan sebab kadang-kadang
ada serpihan tayar lori, kayu dan besi yang hanya nampak bila dah dekat. Kalau
boleh biar ada kenderaan lain di depan supaya jarak penglihatan anda menjadi
lebih jauh. Elakkan mengikut rapat kenderaan lain untuk potong angin kerana
sangat-sangat bahaya dan boleh menyebabkan enjin overheat kerana tiada aliran
angin. Lebih mencabar apabila hujan turun, walaupun renyai, cukup untuk
membuatkan tubuh menggigil.
Pernah sekali menempuh satu kawasan lebuh raya yang dipenuhi kelkatu. Banyak yang mati di visor, tak kurang juga yang di coverset depan motor. Jumlah kenderaan akan berkurang mulai 2 hingga 6 pagi kerana ramai berhenti tidur di R&R. Sebagai contoh, penghujung ramadhan, R&R Tapah arah utara penuh sehingga ada yang berhentikan kenderaan di bahu jalan untuk lelap seketika. 500m sebelum dan selepas R&R penuh dengan kenderaan di bahu jalan. Pemandu Lori biasanya berhenti tidur di persimpangan keluar kerana kawasan itu mempunyai lampu limpah@floodlight, (yang macam kat stadium tu, Bahasa pasar spotlight). Bukan diorang taknak masuk hentian rehat tapi sebab R&R dah penuh dengan kereta. Peringatan untuk semua, apabila dah terlampau mengantuk, tolong berhenti dan tidur seketika, mengelakkan mikro sleep (tertidur tanpa sedar selama 30 saat). Sebaiknya rancang perjalanan.
No comments:
Post a Comment