Wednesday, 6 January 2021

Kenapa Wahed Invest menarik?

Wahed adalah syarikat pelaburan Islamik dari Amerika Syarikat yang dilancarkan pada 2016 dan mula masuk Malaysia penghujung 2019. Visi nak menyediakan platform pelaburan halal untuk orang Islam. Bayangkan 2 bilion orang Islam kat muka bumi ini tapi tiada platform yang pasti halal 100%. Mula tahu macam takut juga nak cuba sebab syarikat dari luar negara. Risau juga nanti kena scam. Tapi lepas dah baca dan study sikit bertambah yakin nak join. Tak perlu beli pakej dan tak menjanjikan pulangan tetap macam kes2 scammer sebelum ini. Tiada gambar dengan kereta mewah ataupun duit menggunung.


Wahed invest bina satu aplikasi robo advisor yang tolong orang melabur secara pasif. Muat turun aplikasi, daftar dan deposit lepastu tinggal je. Lebih kepada pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Memberi lebih pulangan berbanding hanya biar duit dalam akaun simpanan di bank. Biar duit bekerja untuk kita.

Pernah dengar iklan radio, “Tak hensem takpe janji kaya”. Itu adalah geng pelaburan aktif. Setiap hari buat analisis pasaran saham, berita terbaru syarikat, memang kena rajin, pulangan pun setiap hari. Itupun kalau untung la. Teringin nak trade saham setiap hari tapi macam banyak sangat perkara yang perlu belajar kalau nak dapat pulangan. Perlu sentiasa tahu berita semasa. Salah langkah leburr. Jadi pilih wahed invest senang. Tak perlu pikir apa dah. Deposit dan biar aplikasi robo advisor uruskan.

 Apa yang menarik tentang wahed invest ni ?

  1. Pembukaan akaun percuma melalui apikasi dalam telefon pintar.
  2. Minimum permulaan pelaburan cuma rm100. Duit rm100 yang kita deposit akan diagihkan kepada saham amerika syarikat, saham Malaysia, sukuk, emas dan tunai.
  3. Pelaburan diiktiraf 100% patuh shariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  4.  Kos perkhidmatan cuma 0.79% setahun untuk pelaburan bawah RM500,000. 0.39% kalau lebih setengah juta. Satu kadar caj sahaja untuk semua transaksi.
  5. Berdasarkan puluhan testimoni yang dibaca di facebook hasil pelaburan 2020, keuntungan melebihi 10% dan ada yang mencecah 20%. Ini pelaburan untuk setahun. Bayangkan dalam keadaan dunia menghadapi covid 19, wahed masih boleh mendatangkan keuntungan. Lebih menarik apabila mengatasi dividen ASB.
  6. Pengeluaran hanya dibenarkan ke akaun pemilik sahaja. Tidak boleh pihak ketiga. Bagi aku ini sekuriti yang bagus.
  7. Boleh keluarkan duit dalam akaun bila bila masa.
  8. App akan bagi cadangan portfolio yang sesuai berdasarkan jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan dalam app. Risiko tinggi hinggalah risiko paling rendah.

Sesiapa yang dah ada pelaburan dalam ASB dan simpanan tabung haji terus kekal simpan. Modal dalam kedua syarikat ini dijamin tetap sama cuma dividen sedikit.

Sebelum melabur di Wahed invest perlu ingat beberapa perkara:

1.       Duit dalam akaun boleh turun nilai bergantung kepada prestasi portfolio yang dipilih.

2.       Nak withdraw duit paling lewat dapat 7 hari bekerja.

3.     Masukkan duit lebihan sahaja. Jangan masukkan duit yang nak guna untuk kegunaan harian atau kecemasan.

Ingin ditegaskan ini bukan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan setiap bulan. Ini adalah pelaburan pasif yang mempunyai risiko berdasarkan prestasi portfolio yang dipilih. Ramai yang dah melabur memilih samaada sederhana agresif, agresif atau sangat agresif. Ketiga tiga jenis portfolio ini mempunyai bahagian saham yang besar berbanding sukuk dan emas.

Semasa nak daftar boleh masukkan kod referral ini muhtar22. Anda akan dapat 2.5 US dollar selepas 30 hari anda deposit rm100. Free je.

No comments:

Post a Comment