Thursday, 26 July 2018

Review Yamaha Y15ZR setelah 2 tahun

Lama betul nak tulis review ni. Alhamdullillah motor dah 2 tahun lebih dan tiada sebarang masalah besar setakat ini. Selalu guna untuk jarak dekat dan sangat jarang menunggang jauh. Odometer baru 15,000km lebih. Tiada sebarang modifikasi luaran, dalaman dan juga elektrik. Kekal standard kilang.



Roadtax & insurans

Renew untuk tahun kedua dan ketiga buat dekat pejabat pos, dalam 10 minit siap dan di caj rm2. Bawa geran dengan covernote insurans lama. Roadtax cuma RM 2 dan boleh pilih nak insurans apa (jadi pilih yang paling murah). Untuk takaful kena buat sendiri, pos Malaysia tak buat, jadi ambil yang konvensional ja. Sebenarnya buat sendiri lagi jimat, kalau jarak antara pejabat insurans dan JPJ dekat. Baru ni terbuat sekali dengan pos hayat (sebenarnya tak perasan masa kaunter beritahu jumlah kena bayar). Katanya Insurans ni hanya bayar sekali untuk setahun, dan hanya cover untuk tahun tersebut sahaja. Nasihat aku semak betul – betul bila diberitahu oleh staff.

Syarikat
Nilai diinsurankan
Ncd %
Jumlah anggaran
A
8000
0
440
A
7000
15
365
B
6000
20
290

Servis

minyak enjin guna yamalube mineral rm 18, tukar setiap 1500km. Rasanya guna semi sintetik yamalube enjin lebih senyap, tapi tak sesuai jalan jauh sebab minyak akan kurang. || oil filter rm15.|| spark plug rm16 tukar masa 12,000km, sepatutnya 10,000km. Servis hanya dibuat di Yamaha official dealer, nak pastikan alat ganti asli bukan tiruan. Kalau yang rajin dan jalan 2000km sebulan tu sebenarnya boleh buat sendiri, Cuma perlu melabur sedikit untuk beli alatan servis. Boleh buat dengan cermat, Puas hati dan tiada kos upah kedai. Kalau tak salah aku, yamalube mineral rm15 dan oil filter rm10 kat kedai sparepart.


Lain-lain

  • tayar - Tayar tak tukar lagi, guna tyre sealant rm 15 sebotol utk satu tayar. Jadi jumlah rm30 untuk kedua-dua tayar. Setakat ni dah hampir 1 tahun setengah sealant berada dalam tayar. Alhamdulillah tayar ok walaupun kelihatan dawai kecil tertusuk dalam. Angin tak keluar jadi tak perlu selalu isi, bagus sebab kadang kadang pam angin stesen minyak rosak. 
  • Handle balancer pernah hilang sebelah masa kat highway. Senang terkeluar sebab diperbuat dari plastik dan digam sikit saja. Jadi beli baru RM 3 dan balut dengan selotap supaya ketat sikit. Dapat tips ni dari group fb. Sekarang dah ok.
  • Coverset dah mula pudar jadi guna Kiwi hitam pro DIYkits rm35 sapu pada bahagian inner hitam ok jadi setakat ni. Pastikan buat semasa hari panas (dalam manual pun suruh)sebab haritu cuba buat waktu malam, tak lama lepas tu nampak berkulat. Baru ni try kat batang exhaust yang berkarat pon boleh (tahan sekejap je sebab bila terlampau panas hilang balik), pada tayar pon boleh nampak baru. Dalam group FB ramai bagi cadangan beli produk di kedai DIY ja, murah.
  • Logo Yamaha kat depan hilang kena cungkil. Silap parking kat tempat tersorok tapi geram juga la kena curi.
  • Masa turun bukit waktu lepas hujan, tertekan kuat brek belakang sehingga tayar lock, menggelongsor(skidding) sekejap motor, terus lepas brek. Mujur tak kecundang. Jadi lepasni pastikan semasa turun bukit, guna gear rendah dan tekan sikit sahaja brek. Kalau tayar depan lock rasanya dah jatuh. Berhati-hati menunggang.
  • Memandangkan tiada sebarang modifikasi terhadap enjin jadi Top speed masih sama 137km/h, prestasi enjin sama seperti review yang lepas.
  • Motor yang baru keluar disarankan coating untuk menjaga coverset dari sebarang calar dan nampak berkilat. Air hujan dan habuk tidak mudah melekat jadi tak perlu selalu basuh, Cuma bilas dengan air.
  • Di awal may 2018, bateri dah mula berkurang, perlu tekan starter lama sikit baru start. Menjelang pertengahan may, bateri mati. Macam mana nak start bila bateri habis dan tanpa kickstarter? Double stand motor, on switch, masuk gear 3, pusing tayar belakang ke atas dengan cepat (arah pusingan tayar). Motor akan hidup dan cepat-cepat tukar gear neutral. Tapi ingat, ini hanya untuk emergency sahaja kerana boleh menyebabkan coil terbakar (nasihat mekanik). Segera tukar bateri baru. Berdasarkan group, kebanyakan bateri asal iaitu Yuasa YTZ5s mempunyai jangka hayat maksima 2 tahun dan disarankan guna koyoko nano gel yang ada indicator (Nanogel - LED Intelligent Capacity Detector (G2)). Harga di kedai motor biasanya rm90, online rm70. Kadang- kadang bila dah lama starter macam tak detect, bila tekan rasa kosong, ingatkan bateri dah habis rupanya kena spray wd40 ja. Sebab kalau tengok sebenarnya bahagian depan starter terdedah. Air hujan dan habuk boleh masuk. Ada yang rajin dia DIY tutup lubang tu.
  • lampu dan signal asal masih berfungsi dengan baik. Jika signal belakang patah atau dah rosak, akan tukar kepada LED yang kecil. Nampak lebih kemas.


Kesimpulan

Puas hati beli motor ni untuk kegunaan harian, cuma rasa nak upgrade ja bila menunggang di lebuh raya. Tak cukup laju. Geram ja tengok motor besar lalu.  Kalau dah modify perkara ini bukan satu masalah. Tengok youtube ada yang boleh cecah 150km/j.

Siapa yang sesuai beli?? Orang yang nak menunggang motor yang sporty untuk kegunaan harian, jimat minyak dan boleh guna untuk jangka masa panjang. Tak sesuai untuk orang yang nak kepada topspeed semata-mata, menunggang lebih 100km sehari dan tak minat bawa motor clutch.

Pada tahun 2018 ni dah ada banyak pesaing, HONDA RS150R, SYM 185, BENELLI 175, nak up sikit MODENAS Pulsar NS200. Y15ZR second hand pun banyak sekarang, sesuai untuk kaki modify. Pernah baca yang kenderaan susut nilai agak tinggi pada 3 tahun pertama. Untung kepada sesiapa dapat cari motor yang berada dalam keadaan baik.

*berdasarkan pengamatan amatur dan berbeza bagi setiap motorsikal dan cara tunggangan. Harga mungkin berbeza mengikut tempat dan pasaran semasa.

6 comments:

  1. Alhamdulillah, saya dah pakai Y15ZR ni selama 1tahun 4bulan. Mileage 36,000km. Harian 130km. Double rider + jarang-jarang ride dengan member. Baru tukar Spark Plug NGK CR8EGP RM9.90 dan Uma Racing Dualkit Airfilter RM39. Tayar pun dah nak masuk kali ketiga tukar. Minyak hitam 3,000km tukar. Pakai 20W-50 RM55 brand Norc dengan dan baru ni saja nak try RockOil 10W-60 RM85 tak pasti berapa jauh boleh tahan. Motor masih standard. Pernah tukar lampu H4 sekali je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. servis pada 3000km atau 1500km? mohon pencerahan

      Delete
    2. saya kalau pakai 20W-50, saya tukar setiap 3,000km. Kalau 10W-60, saya tukar 4,600km(tu pun dah goyang nak lajak. hahaha). haritu masa pakai petronas F700 je buat 1,500km tukar. saya tanya pomen yang saya selalu tukar minyak hitam. tanya mileage berapa untuk minyak tu. dah 42,000km dah sekarang ni.

      Delete
  2. ada yang suruh servis pada 1500km, sebab selalu 3000km baru tukar. Mohon Pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut buku manual tukar minyak hitam setiap 3,000km dan oil filter setiap 10,000km. saya rasa boleh jika cara ride santai dan tidak agresif. mesti engineer yamaha dah test. yang penting kerap check minyak hitam sebab ada kes motor kuat makan minyak hitam walaupun baru 1,000km.

      Delete
  3. Y15 ni level kita simpan duit nak beli Y15ZR 2021 tapi sampai kesudah tak beli lagi sebab ada version baru then harga tukar lagi

    ReplyDelete