Wednesday, 6 January 2021

Tunggang Y15ZR jarak jauh

Nak kongsi pengalaman menunggang Y15 secara solo. Pernah naik lc 135 dari johor ke penang 10jam… haha kerja gila kata orang. Saja nak merasai suasana “balik kampung”.

Kenapa Wahed Invest menarik?

Wahed adalah syarikat pelaburan Islamik dari Amerika Syarikat yang dilancarkan pada 2016 dan mula masuk Malaysia penghujung 2019. Visi nak menyediakan platform pelaburan halal untuk orang Islam. Bayangkan 2 bilion orang Islam kat muka bumi ini tapi tiada platform yang pasti halal 100%. Mula tahu macam takut juga nak cuba sebab syarikat dari luar negara. Risau juga nanti kena scam. Tapi lepas dah baca dan study sikit bertambah yakin nak join. Tak perlu beli pakej dan tak menjanjikan pulangan tetap macam kes2 scammer sebelum ini. Tiada gambar dengan kereta mewah ataupun duit menggunung.

Tuesday, 19 May 2020

Ayam betina perlu mengawan untuk bertelur?


Telur ayam boleh dikatakan makanan yang wajib ada di setiap rumah. Dari kecil sampai besar, dah beratus- ratus telur ayam kita makan. Pelbagai cara boleh dimasak sama ada telur rebus, telur mata, telur dadar dan paling ketara adalah dalam pembuatan kuih dan kek. Terfikir tak macam mana ada begitu banyak telur ayam di kedai dan pasaraya. Satu papan ada 30 biji telur, kalau 100 papan sudah ada 3000 biji telur. Itu untuk satu pasaraya, bayangkan untuk satu daerah, negeri dan seluruh Malaysia, berapa ratus ribu telur yang ada sehari. Persoalannya, adakah ayam jantan dan betina perlu mengawan setiap kali untuk menghasilkan sebiji telur?

Thursday, 26 July 2018

Review Yamaha Y15ZR setelah 2 tahun

Lama betul nak tulis review ni. Alhamdullillah motor dah 2 tahun lebih dan tiada sebarang masalah besar setakat ini. Selalu guna untuk jarak dekat dan sangat jarang menunggang jauh. Odometer baru 15,000km lebih. Tiada sebarang modifikasi luaran, dalaman dan juga elektrik. Kekal standard kilang.


Tuesday, 5 June 2018

Umur dunia vs umur akhirat

Post kali ni agak serius dan perlu dibaca dengan tenang. Tarik nafas, hembus dan lapangkan fikiran sebelum terus membaca.

Dunia ini hanyalah tempat tumpangan sementara, akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya

Rasa macam pernah dengar kan? Ini merupakan satu ayat yang sentiasa dibaca oleh Khatib setiap kali khutbah Jumaat. Khutbah kedua. Selalu dengar tapi entah kenapa satu jumaat dalam bulan April 2015 terfikir benda ni. Ok tarik nafas sekali lagi. Hembus. Lapangkan fikiran. Cuba bayangkan/selami maksud ayat. Sementara tu berapa tahun? 5000 tahun? 100,000 tahun? 1 juta tahun? Mengikut sains, umur bumi dah 4.5 bilion tahun dan manusia wujud lebih 10 ribu tahun. Namun kajian dari sudut Islam, manusia baru 8000 tahun wujud sejak Nabi Adam  (Prof Naquib al attas, 2015). Bumi dah lama wujud tapi sampai bila?  Memang tak tahu secara tepat berapa umur dunia sebelum berakhir. Bagaimana pula dengan kekal selama-lamanya? Tak boleh nak bayangkan berapa lama tapi kita boleh buat perbandingan.